JAKARTA 2013

sayang Jakarta diserang banjir
dari hulu hingga ke hilir
wahai pejabat lekas berpikir
ambil tindakan surutkan air

ini juga suatu amaran
dari Tuhan akhirul zaman 
kepada kita segenap insan
yang buang sampah sembarangan

kalau sudah banjir melanda
banyak korban yang menderita
kasihan nasib bagi balita
masih kecil tiada berdosa

apa sebab apa kerana
air meluap kemana-mana
lekas dikaji lekas dicerna
jangan pula hanyut terlena

Posting Komentar

0 Komentar